KURSUS WAJIB
Kursus ini sangat penting untuk membolehkan Lembaga memahami konsep koperasi serta mengenal pasti peranan dan
tanggungjawab mereka yang pada umumnya berkuasa untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan.
Berikut adalah senarai Kursus Wajib iaitu :
KHIDMAT NASIHAT
Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan pendidikan secara tidak formal yang diterapkan oleh IKM kepada koperasi dan koperator.
Oleh itu, pihak Pusat Konsultasi Koperasi menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang seperti berikut :
:: Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
:: Perakaunan dan Kewangan Koperasi
:: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
:: Perniagaan Koperasi (Rancangan Perniagaan)
:: Perancangan Strategik
PENYELIDIKAN
Aktiviti penyelidikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan
berasaskan pengetahuan yang ditawarkan dan menjalankan
penyelidikan mengenai isu
semasa yang relevan kepada gerakan koperasi di Malaysia.
Pembudayaan penyelidikan secara lebih meluas
penting bagi membawa inovasi serta mempertingkatkan kualiti pendidikan
dan latihan yang diberikan oleh MKM serta mengeratkan hubungan di antara MKM dengan warga koperasi.
Penyelidikan yang dijalankan ini adalah bagi memantapkan usaha MKM dalam menyediakan
tenaga pakar
dan para ilmuwan dalam pelbagai bidang berkaitan pengurusan dan pentadbiran
koperasi di Malaysia.
PROGRAM MTCP
Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)
MTCP memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia melalui penyediaan latihan dalam pelbagai bidang
yang penting bagi pembangunan sesebuah negara seperti pentadbiran awam, tadbir urus yang baik, perkhidmatan kesihatan,
pendidikan , pembangunan yang berterusan, pertanian, pembasmian kemiskinan, promosi pelaburan, ICT dan perbankan.
MiRiCLe
Million Ringgit Coop League (MiRiCLe)
Merupakan salah satu inisiatif Institut Koperasi Malaysia (IKM) dalam membantu koperasi kluster kecil dan sederhana
yang berpotensi membangun dengan lebih terancang melalui tawaran nilai sebagai rakan solusi strategik koperasi.