soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Home Corporate Info Section Info Centre Financial And Account Centre

This content is only available in Malay version.

Pengenalan

Pusat Kewangan dan Akaun (PKA) memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat kecemerlangan pendidikan koperasi menerusi peningkatan ilmu pengetahuan dan menambah nilai kualiti latihan yang disediakan. Program-program di Pusat Kewangan dan Akaun ini direka bentuk untuk mengasah kemahiran  Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi, Kakitangan Kewangan, Anggota-anggota Koperasi dan individu-individu yang berminat dalam ilmu perakaunan dan kewangan.

Fungsi

  • Mengendalikan Kursus Jangka Pendek, Bicara Ilmu, Bicara Profesional serta seminar yang berkaitan dengan perakaunan, kewangan, pengauditan dan isu-isu semasa dalam bidang kewangan dan akaun.
  • Memberi khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang perakaunan, kewangan serta bidang lain yang berkaitan kepada koperasi serta agensi yang memerlukan.
  • Membimbing dan sebagai pemudah cara kepada koperasi dalam bidang kewangan dan perakaunan.
  • Melaksanakan Program Pemantapan Kewangan dan Akaun koperasi (Program FAST).

Program FAST

Program Financial and Accounting Strengthening (FAST) merupakan inistiatif Pusat Kewangan dan Akaun (PKA) dalam menyokong agenda Institut Koperasi Malaysia (IKM) dalam menyediakan program bersasar kepada gerakan koperasi. Ia bertujuan meningkatkan prestasi dan memantapkan tadbir urus koperasi dalam bidang kewangan dan perakaunan. Program ini akan dilaksanakan bermula tahun 2021 dengan objektif untuk:

  1. Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan bagi tujuan merancang kewangan, merekod akaun, mengaudit dan merancang cukai koperasi;
  2. Meningkatkan keberkesanan proses pembuatan keputusan yang membawa impak kewangan positif kepada koperasi;
  3. Meningkatkan keberkesanan pemantauan prestasi perniagaan koperasi supaya lebih sistematik dan berinformasi kepada pemegang taruh.

Senarai Kursus 2021

SENARAI KURSUS 2021

Kursus PKA 2021 latest

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Pusat Kewangan dan Akaun (PKA),Institut Koperasi Malaysia,

103, Jalan Templer,46700 Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03-7964 9043     Faks: 03-7957 9076

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Nama Setiausaha Kursus PKA: Encik Mohamad Nur Fahmi Mohd Hassan

Facebook Rasmi Pusat Kewangan & Akaun IKM
Voting
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?