Pusat Pengurusan Perniagaan atau singkatannya PPP, Institut Koperasi Malaysia, telah diwujudkan pada tahun 2018. Ia bertujuan bagi menjalankan dan melaksanakan program serta latihan dalam aspek perniagaan terutamanya kepada sektor koperasi di negara ini. PPP mempunyai kakitangan seramai lapan (8) orang di mana daripada jumlah tersebut terdiri seorang Pengarah PPP, seorang Pegawai Latihan Kanan, lima (5) orang Pegawai Latihan dan turut dibantu dengan seorang Setiausaha Kursus.
Penyertaan peserta bagi mengikuti sebarang program atau latihan di bawah Pusat Pengurusan Perniagaan, adalah terbuka kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), Jawatankuasa Kecil Koperasi, Pengurusan Koperasi, Pegawai / Agensi yang menyelia koperasi, Anggota Koperasi serta Individu yang berminat.