Pengenalan
IKM Zon Sarawak ditubuhkan di bandar raya Kuching pada bulan September 1998 dan berpejabat di Bangunan Tabung Haji, Jalan Satok, atas kesedaran untuk meningkatkan pemahaman terhadap ilmu perkoperasian dalam kalangan koperator-koperator di Sarawak.
Pada tahun 2001, IKM Zon Sarawak telah berpindah ke pejabat baru yang lebih selesa iaitu di Bangunan Amfinance, Jalan Haji Taha, Kuching. Sejak itu, IKM Zon Sarawak mula bergiat lebih aktif dalam melaksanakan kursus-kursus yang bersesuaian dan relevan kepada gerakan koperasi di seluruh negeri Sarawak selaras dengan perkembangan semasa. Pada bulan Oktober 2006, IKM Zon Sarawak telah berpindah sekali lagi ke bangunan baru, iaitu Bangunan Rugayah di Jalan Song Thian Cheok, Kuching. Perpindahan ke bangunan baru ini memberi lebih keselesaan kepada koperator-koperator yang datang berkursus di IKM Zon Sarawak.
Kemudahan
Makmal Siber Nuri
![]() |
![]() |
Makmal komputer berhawa dingin yang dilengkapi dengan 32 buah komputer sistem multimedia, berkuasa Core 2 Duo 2.8ghz, 1gb Ram DVD-Writer dan speaker dibekalkan dengan kemudahan Internet untuk kegunaan peserta-peserta yang menghadiri kursus-kursus komputer. Selain untuk kegunaan semasa kursus, kemudahan ini juga boleh disewa oleh pihak luar semasa ketiadaan kursus dengan kadar sewa yang berpatutan. Kadarnya adalah mengikut agensi yang menyewa seperti berikut.Untuk kegunaan sehari komputer dari 8.00 pagi sehingga 4.30 ptg (berikut adalah bayaran untuk melebihi 5 jam)
Koperasi | Jabatan / Agensi Kerajaan | Swasta |
---|---|---|
RM45.00 | RM45.00 | RM45.00 |
Bilik Kuliah Kenyalang
![]() |
![]() |
IKM Sarawak dilengkapkan dengan sebuah bilik kuliah yang diberi nama Bilik Kuliah Kenyalang. Bilik Kuliah Kenyalang (BKK) terletak di Tingkat 2, bersebelahan dengan surau. Bilik kuliah ini dilengkapi dengan sistem pandang dengar terkini, termasuk sebuah television, sistem suara, mikrofon, LCD projektor, skrin dan juga papan putih bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran peserta kursus. Bilik kuliah ini boleh memuatkan lebih kurang 50 orang peserta pada satu masa.Pihak luar boleh menyewa bilik kuliah ini sekiranya tidak digunakan untuk berkursus dengan kadar seperti berikut :
Kemudahan | Koperasi | Jabatan dan Agensi Kerajaan | Swasta |
---|---|---|---|
Penggunaan melebihi 5 jam | RM160.00 Sehari | RM210.00 Sehari | RM260.00 Sehari |
Penggunaan kurang 5 jam | RM110.00 Sehari | RM130 Sehari | RM160.00 |
Perpustakaan
IKM Sarawak juga menyediakan sebuah perpustakaan berhawa dingin yang dilengkapi dengan koleksi buku-buku yang pelbagai dan berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan untuk rujukan para peserta di samping koleksi buku ilmiah untuk bacaan umum. Kemudahan ini bukan sahaja untuk kegunaan kakitangan IKMCS malahan juga untuk kemudahan para peserta kursus semasa tempoh berkursus. Perpustakaan ini dikawal-selia oleh Juruteknik Komputer bermula Januari 2010 bagi tujuan rekod keluar masuk buku-buku.
Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:
IKM Zon Sarawak
Wisma Sego,
Lot 3593, Blok 14,
Jalan Sultan Tengah
93050 Petra Jaya Kuching, Sarawak.
082-649407, 082-506408, 082-649409 082-649405
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.