Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Info Korporat Profil Fungsi & Kuasa IKM

FungsiKuasa
Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 (Pindaan) 2011 [Akta A1398] telah memperuntukkan IKM sebagai sebuah institusi yang berfungsi untuk membangun dan mengembangkan latihan dan pendidikan koperasi di negara ini.

Fungsi IKM ialah:

  1. Menyediakan kursus pengajian koperasi dan bidang-bidang lain yang berkaitan dan menganugerahkan sijil atau diploma yang sesuai;
  2. Menerbitkan atau membantu dalam penerbitan bahan yang berkaitan dengan koperasi atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya;
  3. Membuat kaedah sebagaimana yang perlu bagi mengatur dan mengawal bayaran bagi mana-mana kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut;
  4. Menjalankan penyelidikan atas perkara berkaitan koperasi;
  5. Menyediakan khidmat konsultasi;
  6. Menjalankan kursus, penyelidikan, khidmat nasihat dan perkhidmatan berteraskan ilmu atau bersama-sama secara bergabung secara usaha sama atau selainnya dengan mana-mana institusi pengajian tinggi atau profesional atau mana-mana pertubuhan dalam dan luar negara; dan
  7. Menasihati Menteri mengenai semua perkara yang berkaitan pembangunan modal insan koperasi
  1. Menganugerahkan Diploma, Sijil dan setaraf dengannya kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh Institut dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain yang ditentukan oleh Lembaga atau yang telah ditetapkan;
  2. Mengadakan dan menganugerahkan biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah, dan bentuk-bentuk kepujian lain, anugerah atau bantuan berkenaan dengan latihan, pendidikan dan aktiviti-aktiviti lain yang ada di Institut;
  3. Memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya mengikut apa-apa terma dan syarat yang diluluskan oleh Lembaga;
  4. Memasarkan dan/ atau mengkomersialkan perkhidmatan, hasil penyelidikan dan keluaran Institut;
  5. Menuntut dan menerima apa-apa fi yang ditentukan oleh Lembaga atau apa yang ditetapkan dari semasa ke semasa;
  6. Melakukan apa-apa perbuatan atau perkara sama ada bersampingan dengan atau sebagai pematuhan kepada kuasa tersebut, yang dibuat bagi meningkatkan pendidikan, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan disiplin di IKM; dan
  7. Menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Act 125] untuk menjalankan atau terlibat dalam sebarang aktiviti yang dirancang atau dilaksanakan oleh IKM dengan persetujuan Kementerian Kewangan.
logo institut koperasi malaysia
Institut Koperasi Malaysia
103 Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya, Selangor

Phone : 603.7964.9000
Fax : 603.7957.0434
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh Kemaskini : Rabu 27 April 2022.
 

Jumlah Pelawat : 9543

qr code