Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Koperator Kursus Wajib

PENGENALAN

Selaras dengan Garis Panduan 5 (GP5) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya), Kursus Wajib merupakan kursus yang diwajibkan kepada semua anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) menghadiri kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi, Pengurusan Kewangan Koperasi dan Pengurusan Strategik yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Senarai Kursus Wajib

Berikut adalah senarai Kursus Wajib iaitu:

  1. Kursus Wajib 1 : Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
  2. Kursus Wajib 2 : Pengurusan Kewangan Koperasi
  3. Kursus Wajib 3 : Pengurusan Strategik
  4. Kursus Wajib JAD : Tatacara Pengauditan & Perakaunan Koperasi Tatacara Pengauditan & Perakaunan Koperasi

Kursus ini sangat penting untuk membolehkan Lembaga memahami konsep koperasi serta mengenal pasti peranan dan tanggungjawab mereka yang pada umumnya berkuasa untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan.

Justeru itu, ALK dan JAD yang dilantik perlu menghadiri ketiga-tiga kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan bagi meningkatkan kompetensi dan tadbir urus koperasi. Kegagalan menghadiri kursus-kursus ini akan memberikan kesan kepada ALK terbabit.

Kursus-kursus ini dikendalikan di ibu pejabat IKM dan di semua zon IKM. Setiap satu kursus mengambil tempoh 2 hari sahaja. Pemohon boleh memohon kursus mengikut tarikh dan tempat seperti yang telah dijadualkan.

logo institut koperasi malaysia
Institut Koperasi Malaysia
103 Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya, Selangor

Phone : 603.7964.9000
Fax : 603.7957.0434
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh Kemaskini : Rabu 27 April 2022.
 

Jumlah Pelawat : 10066

qr code